Wednesday, 1 February 2012

Uiiii,,Bulan Dua Sudah Ba ni!!

Punya capatkan??
Macam baru semalam sia (ubah dulu kata ganti nama ni hehe) teriak2 countdown New Year, tup tup bulan dua sudah bai ni,,ramai di .luar sana tu nda sabar ni bulan muncul. Mo tau napa?

Pertama:-
~ Nda sabarlah ba tu mo celebrate Valentine's Day with someone special kan. Dapat coklat, patung, bunga &   etc. Tapi kalau sia ndalah kali. Sia bukan minah jiwang wakakaka...(tapi kalau patung & coklat kena bagi FREE tanpa udang di sebalik mee, sia bulih terima kot hahaa)..

Kedua:-
~ Bulan dua / febuari ni kan pendek ja masa,,maksud sia ngakk ada 29, (except tahun lompat) 30 & 31. That's mean bagi pekerja macam sia ni,,sanyum libarlah coz gaji ada awal siiiikit haha. Bagi yang pelajar cepatlah dorang dapat wang saku hehe.

Ketiga:-
~ Bagi sia yang best bulan dua ni dapat makan kek harijadi haha. Mo tau birthday cake sepa...TUNGGU & LIHAT.

Tu jalah sia rasa napa bulan febuari ni special siiiikit. (Sikit ja nda bulih lebih2 dari bulan march haha)

OK, tadi petang my konco & I still pi jogging juga TAPI trek lain sudah,,bukan nda sanggup lagi pi trek yg tinggi tu but todaykan Wednesday,,so faham2 jalah kan ada Midweek Prayer di Church so balik mesti awal supaya dapat kasi kering peluh then baru bulih mandi. Takkanlah masih berpeluh2 terus mo mandikan,,??

Trek mana lagi ni? Banyak juga trek kamu ni? (kalau ada pertanyaan begini, jom sia kasi explain).

Nilah trek yang paling pendek hehe,,tapi kalau setiap RABU trek ni jadi pujaan kaki sia haha.

Nama budak ni Jasmeen, budak ni anak sepupu sia. Kalau ari2 biasa nama dia unik sikit "MAMOT" tulah yg dorang panggil,,tapi kalau hari raya nama dia balik ke asal "Jasmeen" or "Nanen" (biasalah time salam2 tu kan haha..)

Banyak tul muka dia sini,,tapi biarlah kesian juga kalau nda kena ambil. Lagipun dia yang minta bukan sia suka2 ambil.
Ini bukan geng bas sikul sia tapi nilah geng2 karas sia jogging. Paling bersemangat waja c nanen (middle) tapi heran...perut dia nda juga pandai kampis2..ishh..ishh...


Muka dia lagi,,trek yg ini lagi jauh beb..& nda bulih kena panggil jogging tapi hiking. Tapi tempat ni belum kami masuk ramai2..tunggu masa yang sesuai..

On de way turun bukit,,nampak pokok mati ni,,& atas tu ada burung buat sarang (kalau korang perasanlah) so ambil jelah gambar,,tup-tup kejadian gambar ni setelah diimport,,lain babanar teh.


Budak ni lagi hihi,,,nda apa tengok ja jalan raya tu..
Alahai...dia lagi?? (sia dipaksa & terpaksa upload) budak ni cakap "sia suka pokok, ambil dulu ba gambar sia di sini". So kalau korang tempat sia pun akan ambil juga wakakaka..

Si Nanen saja promosi tumbuh2an agaknya,,

Nda cukup trek tadi kami dua tambah lagi trek ni,,(yang lain lama sudah balik). Korang nampak nda tinggilah kan..jemputlah naik dulu baru tau tinggika nda,,bulih semput juga ni.

Atas puncak tu ada sudah yang berjaya naik (ceh,,macam climb Mt. Kinabalu ja) yang best kalau sampai atas tu,,bulih nampak kawasan2 sekitar.

View kat bawah tu..bekas sawah padi mendiang my grandpa,,luaskan?? but now milik arwah datuk si Nanen & diwasiatkan kepada anak2nya..(i'm not sure which one of them..)

Sampai ja di rumah,,sempat lagi sia ambil gambar bebudaks ni main bola.

Sudah selesai jogging mestilah ready2 mo pi Church. Every Wednesday's evening di Church Kitobu ada sembahyang pertengahan minggu (Midweek Prayer) so kena pergilah. Ni lah gambar2 yang dapat sia kongsikan sama korang semua.


Pemberi renungan pada kali ini si ALPEREZ JANDIWAH. Walaupun kamirang sikit ja tapi best.
Kalau malam memang certain anggota ja yang dapat hadir coz,,rumah jauh2 & kenderaan (pawong) susah kalau sebelah malam.

Saat ini,,adalah doa kelompok..(dijalankan secara berdua2 atau bertiga2)..

Sia ambil gambar ni selepas sia selesai berdoa kio so ndalah bilang sia nda berdoa tapi ambil gambar ja :-), (jangka masa berdoa untuk setiap kelompok nda sama,,coz semuanya itu bergantung dengan doa2 yang dilayangkan oleh setiap anggota dalam sesebuah kelompok itu.)

Inilah my mom,,,khusyuk nampak??
Lepas ja kami closing,,seperti biasa akan ada makan2 (jamuan ringan je)..so tadi ada mihun goreng yang disediakan oleh Aunt Ahsia Ajin & Elder Patricia Bagu. Ada juga jeruk bambangan,  home made ice cream, kek buah / choclate & my mom masak kuih pulutan ja. (Pulutan a.k.a cempedak hihi). Sedap beb,,macam mo ambil 3 piring lagi tu mihun TAPI,,,,tadi petang jogging ciput gitu ja ndalah sia jadi turut nafsu makan yang membuak2 haha..

Sayangnya,,,sia nda ambil gambar coz MAKAN TIME nda bulih kacau2 hehe..


P/S  Thank u for the food!!



No comments:

Post a Comment