LEMAK -- BAIK ATAU BURUK?
Apakah saudara tahu bahawa semakin ramai orang Asia mengambil lemak di dalam makanan mereka sama seperti orang Amerika? Orang Amerika pada puratanya mengambil sebanyak satu perempat paun lemak tulen setiap hari. Ini hampir 100 paun setahun. Kebanyakan orang Asia, 30 atau 40 tahun dahulu, mengambil kurang dari 30 paun lemak setahun. Dengan mengambil jumlah lemak yang banyak sekali sudah tentu menyumbang kepada meningkatnya serangan jantung dan strok setiap tahun di Asia. Apakah lemak tidak baik? Jikalau tidak, berapa banyakkah lemak yang kita perlu, dan lemak jenis apa yang baik?
Peranan Lemak
Anda memerlukan lemak. Jenis lemak yang baik memang penting untuk pertumbuhan dan fungsi setiap sel di dalam tubuh manusia. Lemak adalah 'bahan bakar' dan menyediakan anda dengan tenaga dua kali lebih banyak berbanding jenis makanan yang lain. Simpanan lemak di dalam tubuh kita juga berfungsi sebagai simpanan tenaga. Lemak juga membungkus saraf-saraf di dalam tubuh kita. Jenis lemak yang baik disebut HDL boleh membantu mengeluarkan kolesterol yang merbahaya dari arteri,. Vitamin A, D, E dan K boleh larut di dalam lemak dan disimpan di dalam tisu-tisu lemak. Jadi jumlah lemak yang cukup di dalam tubuh kita memainkan peranan yang penting.
Maka hubungan lemak dengan kesihatan bergantung kepada berapa banyak lemak yang kita harus ambil serta lemak jenis apa. JENIS LEMAK YANG KURANG BAIK ADALAH LEMAK HAIWAN DAN LEMAK HASIL TERNAKAN TERMASUK TELUR, KEJU, DAN LEMAK DAGING BABI. Kacangan dan bijirin juga mengandungi jenis lemak yang baik. Kolestrol adalah jenis lemak yang perlu diawasi penggunaannya di dalam tubuh kita. Kolestrol terdapat di dalam haiwan sahaja bukan di dalam lemak sayuran. Kebanyakan lemak yang anda makan setiap hari tidak dapat dilihat kerana ia ditambahkan ke dalam makanan yang kita bakar atau goreng.

Jenis-jenis Lemak
Tahukah anda bahawa tubuh kita hanya memerlukan satu perlapan hingga satu perempat sudu teh kolesterol murni setiap hari. Setiap kolesterol tambahan meningkatkan kadar kolesterol di dalam tubuh kita. Kadar kolesterol yang tinggi akan meningkatkan arteroskelorosis, suatu keadaan di mana kolesterol yang berlebihan melekat pada dinding arteri. Ia kemudian akan menghalang darah mengalir ke bahagian-bahagian tubuh.
Ada beberapa lemak yang baik bagi jantung dan darah. Jenis lemak ini disebuat HDL (high density lipoprotein), iaitu jenis lipoprotein yang berkepadatan tinggi. Jenis lemak ini sebenarnya membuang kolesterol dari berbagai bahagian dalam tubuh dan membawanya ke hati untuk dibuang. "Asid Oleic" contohnya, yang terdapat di dalam buah zaitun, avokado, kacang dan bijirin, membantu mengawal kadar HDL di dalam tubuh. Bersenam secara teratur dan tidak menyentuh alkohol serta santapan manis juga membantu memperbaiki kadar HDL di dalam tubuh.
Jenis-jenis lemak lain yang baik adalah "asid omega 3". Lemak ini dipercayai boleh mengurangkan kanser buah dada dan kolon. Jenis makanan yang mengandungi lemak omega 3 ialah kacang soya, lobak, bayam, buncis, buah pisang, gandum hitam dan kacangan.
Bagaimana Menyembuhkan Arteroskelorosis?
Dapatkah arteroskelorosis disembuhkan? DAPAT. Sudah ada bukti saintifik bahawa ini mungkin. Baru-baru ini, Dr. Dean Ornish menyerahkan hasil penyelidikannya yang dilakukan selama setahun di Scientific Session of the American Heart Association dan menjadi tajuk akhbar di Amerika Syarikat.
Dr. Ornish memilih 50 orang lelaki yang menderita teruk arteroskelorosis dan akan menjalani pembedahan jantung. Pertama, beliau mengharuskan mereka yang merokok berhenti merokok dan semua harus mengikuti senaman berjalan. Kemudian mereka dibahagi kepada dua kelompok masing-masing kelompok 25 orang. Kelompok yang pertama diberikan makanan sayuran dengan hanya 10% kalori sebagai lemak, tanpa kolesterol. Kelompok yang kedua diberi makan yang hemat sesuai dengan anjuran American Heart Association (Pertubuhan Jantung Amerika). Diet ini mengandungi 30% kalori sebagai lemak, dan sehingga 300mg kolesterol sehari. Hasilnya sungguh menakjubkan.
Mereka yang mengambil 10% lemak, diet vegetarian, mengalami pengurangan kolesterol sebanyak 40%. Mereka juga mengalami penyembuhan penyakit arteroskelorosis arteri jantung. Sebaliknya, mereka yang mengambil makanan yang mengandungi kadar lemak yang tinggi tidak menunjukkan penurunan kolesterol, malah arteri koronari mereka semakin menjadi sempit.
Apakah makna ini semua? Anda buatlah keputusan sendiri.
Bahaya Lemak
Selain daripada berhubungan dengan arteroskelorosis, lemak juga dipercayai salah satu penyebab kanser. Kanser buah dada dipercayai boleh disebabkan oleh penggunaan minyak jagung serta minyak sayuran yang murni secara berlebihan. Pencubaan makmal terhadap binatang menunjukkan bahawa lebih banyak lemak dimakan maka lebih merebak penyakit kanser. Apabila binatang-binatang ini diserang penyakit kanser dengan lebih mudah, serta lebih kerap, berbanding jika mereka ini hanya diberi jumlah lemak atau protein yang tinggi.
Kajian-kajian dari makmal penyelidikan telah membawa kepada kesimpulan-kesimpulan yang berikut:
1. Kanser yang disebabkan oleh virus ditingkatkan lagi oleh lemak yang berlebihan.
2. Kanser yang disebabkan oleh bahan kimia ditingkatkan lagi oleh lemak yang berlebihan.
3. Kanser yang disebabkan oleh sinar-X, ditingkatkan lagi oleh lemak yang berlebihan.
Kesimpulan
Diet yang sesuai ialah mengambil lemak semulajadi seperti yang terdapat di dalam bijirin, sayur-sayuran, kacangan, dan bijirin (yang dua terakhir diambil secara sederhana). Ingat, lemak sayuran, tidak mengandungi kolesterol, juga tidak ada virus. Namun, seseorang janganlah menggunakan minyak sayuran, kacangan atau minyak bijirin dengan berlebihan.
Jenis lemak yang baik serta kadar yang betul adalah mustahak bagi setiap sel di dalam tubuh kita!
Sumber ini dipetik daripada sebuah buku kesihatan yang bertajuk:-

4. Tumor yg dipindahkan ke dalam tubuh binatang akan menjadi subur jika diberi lemak yg berlebihan.
Kesimpulan
Diet yang sesuai ialah mengambil lemak semulajadi seperti yang terdapat di dalam bijirin, sayur-sayuran, kacangan, dan bijirin (yang dua terakhir diambil secara sederhana). Ingat, lemak sayuran, tidak mengandungi kolesterol, juga tidak ada virus. Namun, seseorang janganlah menggunakan minyak sayuran, kacangan atau minyak bijirin dengan berlebihan.
Jenis lemak yang baik serta kadar yang betul adalah mustahak bagi setiap sel di dalam tubuh kita!
Sumber ini dipetik daripada sebuah buku kesihatan yang bertajuk:-
"ALAM SEMULAJADI PENYEMBUH AJAIB"
m/s 36-39
No comments:
Post a Comment