Thursday, 23 February 2012

Mood Sedih... :-(

Hello Secret Readers...
(sia tau blog sia ada yang TERbaca :P & mostly from my own country & state)

Ari ni baru rajin mo mencoret,,bukan apa kemarin sia pi Tamparuli atas urusan rasmi :-)
(siap pi membusykan diri di tamu lagi...haha...)
then..tulung2 my hubby packing,,yalah arini dia TERpaksa naik di Sandakan atas urusan kerja...
balik nda tau bila..nda sioklah kalau dia teda..SEBAB
1.  Teda lagi escort sia pi jogging :-(
2.  Teda penasihat sia lagi :-(
3.  Malas mo ikut kereta biru naik Tambunan ni Ahad.. :-(
4.  Teruklah Team MUFC kena belasah..parasan sia ja ni!! huahuahua :-(
5.  Birthday dia takkan sia celebrate sorang2..ishh..ishh.. :-(
6.  Teda lagi tukang antar & ambil sia..banyak malaun di luar sana yg hanya mau dikenali sebagai PERAGUT!! :-(
7.  Teda lagi kawan sia bergaduh..wakakakaka!!! :-(

itu jalah untuk ari ni..
sedihhhh ba sia kunun









Saturday, 18 February 2012

Makan & Makan Lagi...(=^.^=)

Ari ni Hari Sabbath,,,
Lepas ja dari Church,, My mom bawa tinguk kawin anak perempuan aunt Piniah Majuku.
Siapa dia ni sama kami..?? (Sedikit info untuk korang)
Well,,,mendiang Majuku tu ngan my late grandma (dad's mom) adik beradik kandung..
so..yang kawin tu my 2nd cousinlah,,
Upacara pemberkatan, dorang buat di Sacred Heart Church,,(kami nda pi coz masih di Church)
Then,,wedding reception dorang buat di Dewan Wisma SESB, Karamunsing.
Parking..??? nda payahlah angan2 dapat yang dekat,, :-(
walaupun ada air-con berpeluh juga cari legal car park ishhh,,ishhh,,,
akhirnya pusing punya pusing dapat juga parking haram,,(hantam sajalah lagipun pukul 2.00p.m sdh ni,, LAPAR ohhh..)
Masuk ja,,memang acara makan sudah lohh,,
Lepas ja tulis kata-kata hikmat di guest book..
apa mo tunggu lagi,,

JOM SERANGGGG...!!!!
(macamlah sia ni mangsa kebulurankan..)

Sekali tinguk menu-menu dia,,,Wow...whew!!! 
Mula-mula sekali...
1. Mee Hoon Goreng --- (sia nda ambil, nda tau apa campur)
2. Mee Gumuk Goreng --- (sia skip juga coz reason yang sama)
3. Chap Chye/Sayur Campur --- (ini sia ambil)
4. Sweet & Sour Fish w/ Sliced Mango --- (ni sia ambil)
5. Ayam masak kicap w/ sesame --- (ni sia ambil)
6. Rendang Daging --- (ni sia ambil juga tapi siiiikit)
7. Sushi w/ Crab Fillet --- (ni sia nda ambli coz ada crab hihi)
8. Udang masak tempura --- (sia nda ambil)

untuk pencuci mulut
* seperti biasa memang buah-buahanlah kan...
* minuman oren hehe..

(Hoiii...!!! lupa sudahkah rahsia2 kesihatan ko tu makcik...???
my answer: nda lupa TAPI sekali-sekala nda salah juga ba kan ngengenge...)

Oh ya..lupa pula cerita tang my hubby,,ishhh..ishhh.. dekat sudah dia ambil menu no.8 tu tau,,nasib baik sia bagitau dia "UDANG BAI TU GAMAN"..hmmmm,,,my aunt yang satu tu TERambil menu no.7,,lantaklah ko aunt..takkan nda kenal CRAB kot...

Sedappp,,,tu ja yang mampu sia cakap,,,lupa pula minta tau dari mana dorang cater tu makanan,,
time makan,,ramai jugalah yang kami kenal datang di meja,,salam-salam "happy sabbath" hehe..
selesai ja makan,, my mom & aunt pi salam pengantin dulu,,saja menunjukkan wajah untuk membuktikan yang keluarga si anu & anu ada datang,,bukan apa takut lain kali ada jemputan sedemikian rupa dari pihak kami dorang pun mai juga..hah gitulah adat resam di sini ni hehe...

Kira-kira jam3 ptg kami pun memblahkan diri ke rumah,,rehat2 kejap,, (tau-tau tertidur)
Bangun ja,,my mom teda sudah di rumah,,dia & friends sana sudah Kg. Tamalang Silou (in malay means Bambu Kuning) ada lawatan di rumah saudara Justin Labuan.

-------------------------------------------------------
my niece sudah ready dari awal lagi :-)


Petang tu,,after sundown worship,,my sister bawa kami pi makan2,,
Berabis sia cakap "nda mau,,sebab niari sia cuti jogging..."
Dia kasi keluar juga ayat-ayat power dia,,"kita pi makan sana Sala Thai..sia balanja.."
haayaaa,,,terus tergugat my iman,,apa tidak jarang dapat makan F.O.C kalau dia tu...
(harap2 dia nda nampak n3 sia ni wakakaka..)
so sia cakaplah..."ba..ko tanya elmerlah,,dia mo ka tidak.." (sebab sia tau elmer masi kenyang,,sebab dia sampai juga 2nd round sana wisma SESB tadi).
so,,sia harap noh kopio dia sakap tidak,,tau2 
"ba..readylah" ishh..ishhh..




Sala Thai Restaurant ni terletak di Harbour City,,,yang opposite Sutera Harbour tu.
Kalau korang tau Kak Nong's Restaurant,,hahhh sanalah tu.
Sia pun first time jejak kaki di sini,,yelah bab2 menjelajah cari makan ni,,sia nda pakar.




Apa yang best di restoran ni,,



Ada special room untuk mereka2 yang mo makan tapi nda suka space yang terdedah...
Yelah tepi jalanlah katakan mesti banyak habuk,,& ruang ni nda bulih merokok,,tu yang best tu..leceh ba asap rokok ni,,lagipun perokok pasif paling bahaya tau..!!! korang rujuk ja Lapan Rahsia Kesihatan sia tu...(kalau belum ada tunggu sia publish).

Pintu masuk untuk ke special room.

So,,,sebelum kami order adik sia ni kasi warning kami sedia..
"kalau lebih dari budget sia,,gonong yang tambah"

Aikksss,,,ada kategori belanja gituka..???
apa2 jalah,,lagipun sekarang ni sia memang berusaha mo SIHAT & STAY CUTE (haha perasan..perasan!!) so, mesti mo control..untuk kebaikkan sejagat..(kalau sia sakit teda sudah tukang lawak/marah/arah di rumah :-)

Waitress pun datang bagi menu,,so kami belek2lah apa yang bulih makan..

Nilah order2 kami yang berjaya dimasak oleh chef terhebat di Sala Thai..

 Ni adik sia si Nonot yang order!

Sebelum sampai order yang lain,,waitress tu serve kitaorang dengan ni,,ingatkan salah meja..rupa-rupanya korang nda order pun memang akan diserve juga..

pencicah tu sia agak2 belacan,,so biarlah begitu saja.


Oh ya,,napa gambar ni budak ada tetiba ja time tengah promosi makanan ni..??
Begini story dia..waitress tu hantar makanan (pattaya thai) di meja kami,,then dia cubit pipi niece sia ni..
Kira oklah,,means dia ni cute,,2nd time datang lagi bawa ulam tu..dia cubit lagi sambil tanya "napa nda duduk di baby chair di??"
Bukan dia nda mo tu miss tapi nda selesa kot,,(aktif ba ni budak)


Hantar lagi menu di bawah ni,,cubit lagi..
Aikkksss,,,berapa kali mo cubit pipi dia ni moi..
Pastu kami bergurau sendalah,,
"Ni kali kalau dia cubit lagi,,mo minta bayar sudah tu"
Macam dia pasang alat pendengar pula,,nda lagi dia cubit lepas hantar ni tom yam huhu..

Ba sambung balik promosi kita...

 Ni si Adin yang order.
Yalah mana aci masuk restoran Thai tapi nda order Tom Yam


 Ni pun si Adin juga yang order ishh,,ishhh...


 Yang ini,,hubby & me punya order.

Seperti yang dijanjikan..
Sia nda kasi abis tu nasi,,
memang sayang kalau ingat di benua Afrika..ramai yang mati sebab nda cukup makanan.
Sebab tulah bersyukurlah kita sebab tinggal di Malaysia ni,,
(sorry nasi lain kali nda buat lagi..)

 
Selesai makan,,bayar then hantar dulu anak-beranak ni pulang rumah dorang,,
hujan lagi tu....lepas ni dua tanakwagu mo main futsal lagi..
nasib baik sempat...kalau nda nangislah c nijo tunggu dorang hihi..
sia nda ikut,,coz sia mo tidur awal..
bisuk pagi mo pi naik bukit Sinulihan lagi mo buang toksik dalam badan.


P/S sorry lupa harga each makanan tapi quan bu baru RM 47.00 je including our drinks.


Thursday, 16 February 2012

(Lapan Rahsia Kesihatan 2) ~ BERSENAM

(Saya hanya mengambil salah satu tajuk di bawah bab BERSENAM. Harap Maklum!) 

MENGAPA TIDAK BERJALAN SAHAJA?
     Satu perkara baik mengenai generasi 'Hippie' ialah banyak di antara mereka yang dianggap 'pemberontak sosial' memelihara kesihatan masing-masing. Beberapa di antara mereka sekarang dipanggil 'Yuppie'. Banyak di antara mereka sekarang berusia 30-an dan 40-an menjadi kaya, bersih dan rapi, dan berjaya. Mungkin kita boleh belajar daripada kebiasaan wanita Yuppie ini.

Apakah Pelajaran Yang Boleh Kita Ambil Daripada Yuppie?
     Jikalau anda berjalan di bandar-bandar Amerika, anda akan bertemu dengan wanita-wanita Yuppie yang berpakaian kemas, memakai kasut jogging! Di mana kasut bertumit tinggi mereka? Disimpan di dalam laci atau almari di tempat kerja mereka.
     Wanita-wanita ini bersenam sambil pulang kerja, dan memakai kasut yang selesa bagi kaki. Siapakah yang memulakan trend ini, dan bila -- siapa tahu? Tetapi marilah kita lihat dengan lebih dekat kebiasaan ini, dan jangan dihadkan kepada golongan wanita sahaja.
Kaum lelaki juga perlu bersenam!


Bagaimana Dengan Senaman Berlari?
     Banyak kaum lelaki berlari dua atau tiga kali seminggu jika mereka sanggup berbuat demikian pada waktu pagi ataupun waktu petang. Tetapi apakah senaman berlari merupakan senaman yang paling baik?
     Berlari mungkin baik untuk jantung dan badan keseluruhannya, tetapi beberapa organ dalaman, termasuk tulang lutut dan sendi pergelangan kaki, boleh menderita. Berlari dua tiga kali seminggu ataupun empat enam kali seminggu tidak membawa manfaat daripada segi senaman. Senaman berlari tidak digalakkan bagi kaum wanita, kerana jikalau lemak tubuh hilang, hormon tidak seimbang. Ini boleh menyebabkan gangguan pada haid, atau haid itu berhenti sama sekali. Jika hormon estrogen berkurangan, ini akan menyebabkan kalsium dari tulang berkurangan dan orang tersebut boleh mengalami osteoporosis.


Faedah Senaman Berjalan Cepat
     Senaman berjalan boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila sahaja. Senaman ini tidak memerlukan alat-alat senaman khas, HANYA SEPASANG KASUT YANG SELESA. Itulah sebabnya mengapa wanita-wanita Yuppie tidak memakai kasut bertumit tinggi di luar pejabat tetapi meninggalkannya di pejabat, dan menggantikannya dengan kasut untuk berjalan ke pejabat dan dari pejabat. Senaman berjalan adalah baik untuk badan, termasuk sendi-sendi tulang, tetapi hendaklah berjalan dengan cepat.


Senaman Berjalan dengan Cepat Hendaklah Dirancangkan
     Perhatikan beberapa cadangan yang berikut dan laksanakan cadangan-cadangan tersebut. (Jikalau anda berusia lebih daripada 40 tahun, atau berat anda lampau, mintalah nasihat doktor anda terlebih dahulu). Secara beransur-ansur tambahkan jarak perjalanan anda. Contohnya, sebagai permulaan, letakkan kereta anda atau turun dari bas sejauh tiga blok dari tempat kerja anda. Apabila tiba di tempat kerja, jangan gunakan lif, tetapi gunakan tangga.
     
     Pada minggu yang pertama, naiki dua tingkatan anak tangga sahaja - sepanjang minggu. Menaiki anak tangga adalah sebaik berlari bagi jantung dan pembuluh darah anda. Ini dibuktikan kerana jantung anda berdenyut lebih cepat apabila anda sampai di atas anak tangga. Pada hujung hari lakukan sebaliknya. Jika anda pergi makan tengah hari carilah tempat makan yang jauhnya satu kilometer, dan pergilah ke tempat tersebut secepat mungkin serta kembali tepat dengan masa yang ditentukan untuk tujuan tersebut, (kecuali jika anda mempunyai setengah jam sahaja untuk berehat makan tengah hari).

     Senaman menaiki tangga menjadi semakin popular di Amerika Syarikat. Percayakah anda bahawa ada dijual mesin berharga 2,000USD yang menstimulasikan senaman menaiki tangga! Dan orang berbaris menunggu giliran menggunakannya. Apabila badan kita diangkat menentang tarikan daya bumi (graviti), seperti menaiki tangga, sejenis elektrik khusus, iaitu "elektrik-pieza", dikeluarkan dalam tubuh kita yang menyebabkan kalsium mengalir ke dalam tulang yang bergerak itu, dan menguatkan tulang-tulang itu. Ini adalah cara yang baik untuk mencegah osteoporosis!

     Minggu demi minggu, tambahkan jarak perjalanan anda, dan juga jumlah tingkatan anak tangga yang anda naiki - satu tingkatan anak tangga setiap minggu. Jikalau anda susah bernafas, jangan tambahkan jumlah tingkatan anak tangga yang anda naiki. Tetapi secara perlahan-;lahan tambahkan kecepatan anda menaikinya. Anda juga harus menghadkan jumlah tingkatan anak tangga yang anda naiki kepada jumlah yang sesuai bagi anda. Jika anda bekerja di tingkat atas bangunan bertingkat 15, janganlah menaiki kesemua tingkatan anak tangga bangunan itu!

     Mungkin pada kemudian harinya, anda boleh memakai pakaian besenam semasa menuju ke tempat kerja, setelah itu menggantikannya dengan pakaian kerja. Perbuatan ini boleh anda lakukan setiap hari dan mencapai kepuasan. Senaman berjalan masih merupakan jenis senaman yang paling baik, dan ini bergantung pada tabiat anda! Mengikut penyelidikan akhir-akhir ini kurang senaman adalah salah satu penyebab utama serangan jantung.

     Selamatkanlah jantung anda! Sertailah kumpulan Yuppie melakukan senaman berjalan setiap hari dan anda tentu akan menikmatinya.


Sumber ini dipetik daripada sebuah buku kesihatan yang bertajuk:-
"ALAM SEMULAJADI PENYEMBUH AJAIB"     
m/s 102-104

Wednesday, 15 February 2012

(Lapan Rahsia Kesihatan 1) ~ PEMAKANAN

(Saya hanya mengambil salah satu tajuk di bawah bab PEMAKANAN. Harap Maklum!)

LEMAK -- BAIK ATAU BURUK? 
     Apakah saudara tahu bahawa semakin ramai orang Asia mengambil lemak di dalam makanan mereka sama seperti orang Amerika? Orang Amerika pada puratanya mengambil sebanyak satu perempat paun lemak tulen setiap hari. Ini hampir 100 paun setahun. Kebanyakan orang Asia, 30 atau 40 tahun dahulu, mengambil kurang dari 30 paun lemak setahun. Dengan mengambil jumlah lemak yang banyak sekali sudah tentu menyumbang kepada meningkatnya serangan jantung dan strok setiap tahun di Asia. Apakah lemak tidak baik? Jikalau tidak, berapa banyakkah lemak yang kita perlu, dan lemak jenis apa yang baik?


Peranan Lemak
     Anda memerlukan lemak. Jenis lemak yang baik memang penting untuk pertumbuhan dan fungsi setiap sel di dalam tubuh manusia. Lemak adalah 'bahan bakar' dan menyediakan anda dengan tenaga dua kali lebih banyak berbanding jenis makanan yang lain. Simpanan lemak di dalam tubuh kita juga berfungsi sebagai simpanan tenaga. Lemak juga membungkus saraf-saraf di dalam tubuh kita. Jenis lemak yang baik disebut HDL boleh membantu mengeluarkan kolesterol yang merbahaya dari arteri,. Vitamin A, D, E dan K boleh larut di dalam lemak dan disimpan di dalam tisu-tisu lemak. Jadi jumlah lemak yang cukup di dalam tubuh kita memainkan peranan yang penting.
     Maka hubungan lemak dengan kesihatan bergantung kepada berapa banyak lemak yang kita harus ambil serta lemak jenis apa. JENIS LEMAK YANG KURANG BAIK ADALAH LEMAK HAIWAN DAN LEMAK HASIL TERNAKAN TERMASUK TELUR, KEJU, DAN LEMAK DAGING BABI. Kacangan dan bijirin juga mengandungi jenis lemak yang baik. Kolestrol adalah jenis lemak yang perlu diawasi penggunaannya di dalam tubuh kita. Kolestrol terdapat di dalam haiwan sahaja bukan di dalam lemak sayuran. Kebanyakan lemak yang anda makan setiap hari tidak dapat dilihat kerana ia ditambahkan ke dalam makanan yang kita bakar atau goreng.

Jenis-jenis Lemak
      Tahukah anda bahawa tubuh kita hanya memerlukan satu perlapan hingga satu perempat sudu teh kolesterol murni setiap hari. Setiap kolesterol tambahan meningkatkan kadar kolesterol di dalam tubuh kita. Kadar kolesterol yang tinggi akan meningkatkan arteroskelorosis, suatu keadaan di mana kolesterol yang berlebihan melekat pada dinding arteri. Ia kemudian akan menghalang darah mengalir ke bahagian-bahagian tubuh.
     Ada beberapa lemak yang baik bagi jantung dan darah. Jenis lemak ini disebuat HDL (high density lipoprotein), iaitu jenis lipoprotein yang berkepadatan tinggi. Jenis lemak ini sebenarnya membuang kolesterol dari berbagai bahagian dalam tubuh dan membawanya ke hati untuk dibuang. "Asid Oleic" contohnya, yang terdapat di dalam buah zaitun, avokado, kacang dan bijirin, membantu mengawal kadar HDL di dalam tubuh. Bersenam secara teratur dan tidak menyentuh alkohol serta santapan manis juga membantu memperbaiki kadar HDL di dalam tubuh.
     Jenis-jenis lemak lain yang baik adalah "asid omega 3". Lemak ini dipercayai boleh mengurangkan kanser buah dada dan kolon. Jenis makanan yang mengandungi lemak omega 3 ialah kacang soya, lobak, bayam, buncis, buah pisang, gandum hitam dan kacangan.

Bagaimana Menyembuhkan Arteroskelorosis?
     Dapatkah arteroskelorosis disembuhkan? DAPAT. Sudah ada bukti saintifik bahawa ini mungkin. Baru-baru ini, Dr. Dean Ornish menyerahkan hasil penyelidikannya yang dilakukan selama setahun di Scientific Session of the American Heart Association  dan menjadi tajuk akhbar di Amerika Syarikat.
     Dr. Ornish memilih 50 orang lelaki yang menderita teruk arteroskelorosis dan akan menjalani pembedahan jantung. Pertama, beliau mengharuskan mereka yang merokok berhenti merokok dan semua harus mengikuti senaman berjalan. Kemudian mereka dibahagi kepada dua kelompok masing-masing kelompok 25 orang. Kelompok yang pertama diberikan makanan sayuran dengan hanya 10% kalori sebagai lemak, tanpa kolesterol. Kelompok yang kedua diberi makan yang hemat sesuai dengan anjuran American Heart Association (Pertubuhan Jantung Amerika). Diet ini mengandungi 30% kalori sebagai lemak, dan sehingga 300mg kolesterol sehari. Hasilnya sungguh menakjubkan.
     Mereka yang mengambil 10% lemak, diet vegetarian, mengalami pengurangan kolesterol sebanyak 40%. Mereka juga mengalami penyembuhan penyakit arteroskelorosis arteri jantung. Sebaliknya, mereka yang mengambil makanan yang mengandungi kadar lemak yang tinggi tidak menunjukkan penurunan kolesterol, malah arteri koronari mereka semakin menjadi sempit.
     Apakah makna ini semua? Anda buatlah keputusan sendiri.


Bahaya Lemak
     Selain daripada berhubungan dengan arteroskelorosis, lemak juga dipercayai salah satu penyebab kanser. Kanser buah dada dipercayai boleh disebabkan oleh penggunaan minyak jagung serta minyak sayuran yang murni secara berlebihan. Pencubaan makmal terhadap binatang menunjukkan bahawa lebih banyak lemak dimakan maka lebih merebak penyakit kanser. Apabila binatang-binatang ini diserang penyakit kanser dengan lebih mudah, serta lebih kerap, berbanding jika mereka ini hanya diberi jumlah lemak atau protein yang tinggi.
     Kajian-kajian dari makmal penyelidikan telah membawa kepada kesimpulan-kesimpulan yang berikut:
     1.   Kanser yang disebabkan oleh virus ditingkatkan lagi oleh lemak yang berlebihan.
     2.   Kanser yang disebabkan oleh bahan kimia ditingkatkan lagi oleh lemak yang berlebihan.
     3.   Kanser yang disebabkan oleh sinar-X, ditingkatkan lagi oleh lemak yang berlebihan.
     4.  Tumor yg dipindahkan ke dalam tubuh binatang akan menjadi subur jika diberi lemak yg berlebihan.


Kesimpulan
     Diet yang sesuai ialah mengambil lemak semulajadi seperti yang terdapat di dalam bijirin, sayur-sayuran, kacangan, dan bijirin (yang dua terakhir diambil secara sederhana). Ingat, lemak sayuran, tidak mengandungi kolesterol, juga tidak ada virus. Namun, seseorang janganlah menggunakan minyak sayuran, kacangan atau minyak bijirin dengan berlebihan.
     Jenis lemak yang baik serta kadar yang betul adalah mustahak bagi setiap sel di dalam tubuh kita!


Sumber ini dipetik daripada sebuah buku kesihatan yang bertajuk:-
"ALAM SEMULAJADI PENYEMBUH AJAIB"     
m/s 36-39

Sunday, 12 February 2012

My Special Breakfast...???

Hari Ahad...boringka??
Ntahlahh,,

(Semalam,,adik sia bagitau yang dorang ada appeal match bola sepak between Aseana College & Momogun United Football Club (MUFC)..jadi dia ada tanya sia mo pi tinguk ka tidak,,
tapi sia jawab tinguklah bisuk apa macam,,kalau sia rajin adalah sia sana padang,,)
   
So..arini my brother & hubby i ja yang pi,,sia lambat tidur semalam jadi bangun pun ada lambat banyak hehe...jadi nda tepigilah jawapan soalan semalam..

Jadi yang sia ni tinggal sorang2 dalam bilik,,
apalagi layanlah Novel Online (teaser jalah the rest of the story you have to buy that novel first)..

Baca punya baca,,tinguk jam mau pukul 10 pagi sudah,,patutlah rasa lapar my perut,,
Alahaiii,,kain belum cuci lagi ni,,so..sia bukalah mini refrigerator sia ni,
mo tinguk apa lagi ada di dalam untuk alas perut,,
Sekali tinguk ada pula ni cake tinggal,,
Sia butul2 lupa tau,,padahal sia beli ni petang jumaat before kasi bersih church..
ishh,,ishhh,,ba tunggu apa lagi,,makanlah..
TAPI sebelum tu ambil dulu gambar ba,,cake kici cam gini jarang sia beli coz nda berbaloi rasanya kalau compare with the price RM6.80. (status kesedapan belum tau lagi..)

Nah...layanlah ni gambar2,,lepas tinguk jangan lupa cakap TAPUN kio haha,,(karut)







P/S -bukan sia saturang ja kasi abis ni,,lepas adik sia balik dari main bola,,dialah yang kasi abis.
       -first & the lastlah sia beli ni cake,,(faham2lah maksud tersirat ayat sia tu ahh..)

Monday, 6 February 2012

Trip Mengejut...


Tetiba je arini nak visit The Upside Down House of Borneo,,,
So kamirang berlima,,mo tau juga sepa2..sepa lagi kalau bukan kami yang cun & comel ni haha..
(si elmer pun masuk kategori comel & cun ka?? wakakaka)
OKlah,,sia,,elmer,,adin,,dedel & sisel (semua ni nama kat rumah except elmer)

Kira2 dari rumah jam11++ in the morning,,,sudah isi minyak dekat esso (RM50 je) we all terus ke Tamparuli tapi bila sampai ja dekat RUMAH TERBALIK tu,,fuyohhh,,ramainya oppss silap pejodoh bilangan banyaknyaa kereta parking kat tepi jalan,,huhuu nda jadilah kami kunun turun. Sia bagitau dorang nanti jalah time balik dari Kundasang baru singgah,,dorang setuju je.

On the way kami ke Kundasang,,sikit kabus pun tara ada,,hayoyo ini macam meah??
So,,kami sampai di Pekan Nabalu almost 1.20p.m. (besalah baby on board mana bleh laju2), sia & my youngest sister dedel, cari jeruk dulu kunun besalah kalau kami dua ni jeruk ja karaja,,sia beli jeruk nanas, dedel jeruk mangga siap ada lada lagi you..si adin pun sama cam sia (cuma dia beli dari asau yang tabal bibir hihi). Dalam keretalah kami makan2 tanpa peduli sangat si kecil tu (Giselle),,huhhh,,nda aman kami makan jeruk2 kami tu,,dia nangis mo minta,,ya ampun mommy dia bulih2 lupa beli biskut2ka..bun ka,,terpaksa kami kasi tapuk jeruk kami tu,,asal ja dia nampak kompom minta,,(bulih imagine tu tangan dia tau haha).

What to do,,terpaksalah kami kunun melilau kiri kanan,,kunun2 mo cari tempat yang ada jual kerepek. Tangisan makin menjadi2,,& finally kami berhenti di simpang mo pi Bundu Tuhan,,sebelah kiri jalan tu ada gerai2 so,,mommynya si Giselle turunlah dengan doternya sekali pi membeli,,kitaorang kat kereta je,,malas turun kunun...(tapi kalau adamakanan NDA BULIH MALAS2 MO SHARE hihi..)

Nilah rupa my niece & her mommy (adin)..

 
Hahhh,,,nama penuh budak kecil tu Sierra Giselle Eber,,,
sia panggil dia shellala haha,,kengkadang sisell,,
tinguk ja muka dia tu baru stop nangis huahuahua,,,
sekarang ati dia ada sinang kot dapat makanan.
Nilah masalah kalau di Kundasang,,dulu jalan ni elok ja,,nda lama rusak lagi balik,,
sekejap runtuh,,bikin lagi...nda lama runtuh,,,bikin lagi..hayoyo
nasib baik kereta 4WD nda juga sandi itu punggung..


Time ni sia punya perut nda payah cakaplah memang pedih gila,,adakah pekena jeruk nanas yang sememangnya TAJAM kalau nda ada makan nasi ishh,,ishh,,bertuah punya tuan badan,,lagipun kitaorang belum lunch lagi apa,,memanglah pedih bagai..

Sampai ja di round about ni,,sia rasa lega sikit....(korang mesti tau ni round about mana kan??)

Yesss!!! Perut didahulukan,,perjalanan dibelakangkan,,depan tu kan ada 2 buah kedai makan yang femes.
Kalau nda tau juga mana,,lahhh yang ada asap2 tu,,sanalah,,tapi nama kedai lupalah pulak.

Ni lah antara ragam2 budak kiut ni di kedai makan,,dia mesti mau ada sudu sendiri okay,,
Dahlah ramai sangat orang West Malaysia ni makan kat sini huhu,,
hampir 3.8/4 beb,,bercuti kot diorang tulah ramai tu..


View depan kedai makan,,nasib baik ada view gini,,sejuk mata memandang,,


Lepas ja kitaorang siap makan, kitaorang pun blahlah terus ke Desa Cattle,,TAPI belum sempat kami sampai di Desa Cattle ada satu signboard (Dream World Resort) yang bagi kami first time nampak terpacak di satu simpang tu,,so dengan kepantasan kilat my hubby belok kanan (tanpa sia suruh)..yang sia ni happy ja,,yalah orang yang suka menjelajahlah katakan mana nda best,,so apa yang ada di tempat ni,,,tinguk jalah ni gambar,,


Jalan masuk.





Pemandangan di dalam..

Ntah apa yang my hubby ni menungkan hihi..
Resort ni masih baru so jenis bunga pun baru sikit kot :-)
Chalet


Restaurant


Reception

Lain macam bentuk Mickey dia tau.

Nilah jalan masuk,,masuk ja then belok kanan.

Untuk maklumat lanjut silalah beranikan diri anda untuk call number yang tertera pada pintu van itu.

Siok butul ini budak dapat jalan,,yelahkan asyik duduk je mestilah rimas. (Perut tu ba shela)

Puas sudah kami ambil gambar yang patut, then kami memblahkan diri ke Desa Cattle.
Masuk ja di pintu pagar,,kamirang sudah mengeluh,,huhuuu langsung nda nampak gunung kinabalu ni kali,,
Yalah main nasib baitu,,bukan selalu gunung kinabalu ni memunculkan diri,,mesti terlindung dek kabus je.

Desa cattle ni pun ntahhh berapa kali sudah sia pijak,,(cehhh...perasan) tapi memang butul la ba,,banyak kali sudah sampai tu lembu2 malas sudah mo bertegur sapa sama sia wakakaka,,,
Walaupun banyak kali sia teda pun pernah rasa nda suka,,best ba!

So sia ambillah gambar yang patut ja,,,tinguk ja jan malu2..




































After Desa Cattle,,kitaorang tak singgah mana2 lagi KECUALI cari sulap2 yang ada jual durian kampung.
Banyak juga sia beli time tu hahaa...
Sampai Tamparuli dorang malas mo singgah rumah terbalik tu lagipun budak kiut tu dah pun mengira2 kambing bebiri dia,,so tak nak kacau tidur dia kitaorang pun terus balik rumah...













Saturday, 4 February 2012

Sabbath is a HAPPY DAY...

Asal ja Sabat menjelang tiba,,sia happy banget...
Kenapa??
Dapat rest from everything..
Contoh,,,
rest dari perkara2 yang menyakitkan mata (kan hari2 hadap computer,,bikin sakit mata ehh)
rest dari melukis..(jan tanya lukis apa,,nda siok)
banyak lagilah contoh2 rest ni tapi yang penting dapat rest with family, church members & Eternal Father..

Every Sabbath macam biasalah,,kebaktian pertama nyanyi2 dulu..
Ada hidangan khas & laporan mission..
apa yang best laporan mission Sabat ni ialah pasal seorang wanita berusia 94 tahun dari Jepun menerima kebenaran..untuk ikuti cerita selanjutnya klik sini.

Bestkan that true story??

Oh ya,,this Sabbath macam sikit ja anggota yang hadir coz..CSS di Kg. Kironggu bermula hari ini,,walaupun demikian kebaktian berjalan dengan lancar juga.

Divine Service Sabbath ni,,Youth yang take over so,,before sermon mesti ada Special Song.
Sempat juga sia rakam dorang nyanyi lagu Mukjizat Itu Nyata. (tapi ntah napa nda dapat upload, belum terer kot. nanti kalau sdh terer sia upload juga.)

Petang tu,,AY KISDAC..plan nature hike,,
kalau sudah bilang NATURE HIKE,,mestilah ada hiking & mengenal tumbuhan liar (edible plant).

Nah,,sia share sama kamurang gambar2 kami time tu..

Adakah sepa2 yang terpaksa join Nature Hike ni??



Nilah AY Kitobu..(promosi dulu hehe)


Ku daki4x..bukit yang tinggi..Sambil4x cari tumbuhan...
Ku ambil4x mana yang patut,,untuk explain nanti..
(P/S kalau mo nyanyi dalam ati ja ahh hehe)

Ini tumbuhan apa??
Kegunaannya apa??

Dragonfly..hampir serupa sama ni ular2..
Kegunaan tumbuhan ini,,kalau ada bisul ambil pucuk tumbuhan ni (yang masih bergulung)
then,,buka mata dia (yg di tengah) tumbuk until lumat,,campur dengan herba Cina.
(kalau nda tau mana satu,,tanya kat laoban/yong bikin taruh di bisul bilang)
gaul hingga sebati (hehe macam kelas masakan sudah ni..) pastu ambil daun pisang/plastik
bubuh kat bisul korang TAPI pastikan jangan tutup mata bisul itu.
(P/S jangan sesekali gunakan kain atau gauze untuk letak 'potion' itu coz air yang terdapat dalam 'potion' 
itu akan diserap then kebarangkalian untuk tidak mujarab amat tinggi. Sekian)


Kalau sia tau apa guna then sia bagitau korang.
(P/S dulu sia terer sikalang lupa sudah)


Ini kalau di Sabah,,kena panggil DORINGIN.
Kegunaan: Daun tumbuhan ni,,selalunya kaum Dusun bikin bungkus nasi.
Korang masaklah nasi then sudah masak time panas2 lagi simpan di atas daun ni then bungkus square.
Nasi tahan lama & WANGI..(trus sia terimagine LINONGOT..TAPUN!!)





Ini kena panggil TOGUTUI,,pisang hutan.


Ni bunga tahi ayam yang liar punya (versi hutan)


Ini pokok gosing,,kalau dulu time bebudak sia selalu masuk hutan demi mo dapat itu buah dia.
Itu buah bukan sia makan cuma bikin jadi peluru sia punya KOBONG haha..
(P/S Kobong ni sejenis alat permainan tradisional,,sepa yang nda pernah main memang KESIAN)








Just in case,,korang sesat di hutan,,& korang lapar tul,,
so korang nampak macam CHERRY,,oppss!!! jangan!!
ini pokok buah larangan,,jangan kamu makan buahnya. Kaanit boh ti.


Gambar ini berunsur 18SX,,kalau korang under age jan cuba2 mo zoom ni gambar.


Lurus2 moti bambu tempat kamirang,,kalau ada beruang panda ni lagi best :-)


Gambar ni menunjukkan yg kami sudah sampai di jalan rata.
but only certain of us yang laju kaki untuk sampai di sini.
(sialah paling last sampai dalam ni group haha)


Nilah kami semua..(aiikss macam sikit ja ni)



Gadis T-Shirt putih tu korang bulih kenal dia di FB
yang mau dikenali sebagai Cheryl Terry Alison.


Sempat lagi si Brennon Lowie Elison kacau2 Sisell.


Depan rumah tu jalan mati sudah,,so takkan mo patah balik kan..
Relaxx,,actually ada jalan cuma jalan di hutan sudah,,


Kreatifkan penduduk Kg. Sinulihan Bukit ni,,
Nasib baik ada ni tayar2,,kalau nda ada yang tergelincir,,
Trimas..Trimas...



"Bukan senang turun bawa anak kici" kata mommynya si giselle


Siap ada jambatan lagi..sia rasa sia suka ni trek,,


Bulih tahan juga ni budak half-hiking,,nasib baik nda kena singot.
(Budak2 yang lain macam,,Nanen, Peres, Badrul semua dapat 2-3 biji jarum dari penyengat
nasib baik antibodi kuat,,kalau nda bulih demam juga tu)


Yeahhhh...!!!!! Finally..We did it!!!Kami berjaya tembus hihi..
Sekarang mo balik rumah,,mo present apa yang kami dapat about Edible Plants.


Sampai ja di rumah,,kamirang semua mengEXPLAINlah apa yang kami tau pasal plants yang kami bawa balik..Selesai ja kelas EDIBLE PLANTS tu kamirang masuk rumah untuk Closing Sabbath. Tinguk ja ni gambar2,,

Nda cukup kerusi,,lantai pun jadilah..


hehe,,,samak sikit ni rumah coz ada budak kici,,& budak perasan kici
(just ignore the tilam busuk-sisell punya)


Si Onet sampai duduk di luar,,sian dia..


P/S Thank you guys for supporting the SUDDEN activities.
       God Bless!