Wednesday, 1 February 2012

Uiiii,,Bulan Dua Sudah Ba ni!!

Punya capatkan??
Macam baru semalam sia (ubah dulu kata ganti nama ni hehe) teriak2 countdown New Year, tup tup bulan dua sudah bai ni,,ramai di .luar sana tu nda sabar ni bulan muncul. Mo tau napa?

Pertama:-
~ Nda sabarlah ba tu mo celebrate Valentine's Day with someone special kan. Dapat coklat, patung, bunga &   etc. Tapi kalau sia ndalah kali. Sia bukan minah jiwang wakakaka...(tapi kalau patung & coklat kena bagi FREE tanpa udang di sebalik mee, sia bulih terima kot hahaa)..

Kedua:-
~ Bulan dua / febuari ni kan pendek ja masa,,maksud sia ngakk ada 29, (except tahun lompat) 30 & 31. That's mean bagi pekerja macam sia ni,,sanyum libarlah coz gaji ada awal siiiikit haha. Bagi yang pelajar cepatlah dorang dapat wang saku hehe.

Ketiga:-
~ Bagi sia yang best bulan dua ni dapat makan kek harijadi haha. Mo tau birthday cake sepa...TUNGGU & LIHAT.

Tu jalah sia rasa napa bulan febuari ni special siiiikit. (Sikit ja nda bulih lebih2 dari bulan march haha)

OK, tadi petang my konco & I still pi jogging juga TAPI trek lain sudah,,bukan nda sanggup lagi pi trek yg tinggi tu but todaykan Wednesday,,so faham2 jalah kan ada Midweek Prayer di Church so balik mesti awal supaya dapat kasi kering peluh then baru bulih mandi. Takkanlah masih berpeluh2 terus mo mandikan,,??

Trek mana lagi ni? Banyak juga trek kamu ni? (kalau ada pertanyaan begini, jom sia kasi explain).

Nilah trek yang paling pendek hehe,,tapi kalau setiap RABU trek ni jadi pujaan kaki sia haha.

Nama budak ni Jasmeen, budak ni anak sepupu sia. Kalau ari2 biasa nama dia unik sikit "MAMOT" tulah yg dorang panggil,,tapi kalau hari raya nama dia balik ke asal "Jasmeen" or "Nanen" (biasalah time salam2 tu kan haha..)

Banyak tul muka dia sini,,tapi biarlah kesian juga kalau nda kena ambil. Lagipun dia yang minta bukan sia suka2 ambil.
Ini bukan geng bas sikul sia tapi nilah geng2 karas sia jogging. Paling bersemangat waja c nanen (middle) tapi heran...perut dia nda juga pandai kampis2..ishh..ishh...


Muka dia lagi,,trek yg ini lagi jauh beb..& nda bulih kena panggil jogging tapi hiking. Tapi tempat ni belum kami masuk ramai2..tunggu masa yang sesuai..

On de way turun bukit,,nampak pokok mati ni,,& atas tu ada burung buat sarang (kalau korang perasanlah) so ambil jelah gambar,,tup-tup kejadian gambar ni setelah diimport,,lain babanar teh.


Budak ni lagi hihi,,,nda apa tengok ja jalan raya tu..
Alahai...dia lagi?? (sia dipaksa & terpaksa upload) budak ni cakap "sia suka pokok, ambil dulu ba gambar sia di sini". So kalau korang tempat sia pun akan ambil juga wakakaka..

Si Nanen saja promosi tumbuh2an agaknya,,

Nda cukup trek tadi kami dua tambah lagi trek ni,,(yang lain lama sudah balik). Korang nampak nda tinggilah kan..jemputlah naik dulu baru tau tinggika nda,,bulih semput juga ni.

Atas puncak tu ada sudah yang berjaya naik (ceh,,macam climb Mt. Kinabalu ja) yang best kalau sampai atas tu,,bulih nampak kawasan2 sekitar.

View kat bawah tu..bekas sawah padi mendiang my grandpa,,luaskan?? but now milik arwah datuk si Nanen & diwasiatkan kepada anak2nya..(i'm not sure which one of them..)

Sampai ja di rumah,,sempat lagi sia ambil gambar bebudaks ni main bola.

Sudah selesai jogging mestilah ready2 mo pi Church. Every Wednesday's evening di Church Kitobu ada sembahyang pertengahan minggu (Midweek Prayer) so kena pergilah. Ni lah gambar2 yang dapat sia kongsikan sama korang semua.


Pemberi renungan pada kali ini si ALPEREZ JANDIWAH. Walaupun kamirang sikit ja tapi best.
Kalau malam memang certain anggota ja yang dapat hadir coz,,rumah jauh2 & kenderaan (pawong) susah kalau sebelah malam.

Saat ini,,adalah doa kelompok..(dijalankan secara berdua2 atau bertiga2)..

Sia ambil gambar ni selepas sia selesai berdoa kio so ndalah bilang sia nda berdoa tapi ambil gambar ja :-), (jangka masa berdoa untuk setiap kelompok nda sama,,coz semuanya itu bergantung dengan doa2 yang dilayangkan oleh setiap anggota dalam sesebuah kelompok itu.)

Inilah my mom,,,khusyuk nampak??
Lepas ja kami closing,,seperti biasa akan ada makan2 (jamuan ringan je)..so tadi ada mihun goreng yang disediakan oleh Aunt Ahsia Ajin & Elder Patricia Bagu. Ada juga jeruk bambangan,  home made ice cream, kek buah / choclate & my mom masak kuih pulutan ja. (Pulutan a.k.a cempedak hihi). Sedap beb,,macam mo ambil 3 piring lagi tu mihun TAPI,,,,tadi petang jogging ciput gitu ja ndalah sia jadi turut nafsu makan yang membuak2 haha..

Sayangnya,,,sia nda ambil gambar coz MAKAN TIME nda bulih kacau2 hehe..


P/S  Thank u for the food!!



Tuesday, 31 January 2012

Bye-Bye January...See U Again Next Year!

Nda sadar January tinggal ari ni lagi..
Banyak kenangan ni bulan tau haha,,
Yang teda dalam n3 means RAHSIALAH TU..

Anything special today?
Nothing..coz gaji sudah lama terima & awal2 kunsikang sudah ni.
Kalau di tempat kerja, nda ada yang siok,,duduk ja karaja..
Petang tadi balik ja dari kerja,,macam besalah bebudaks a.k.a my peminats (Cehh..perasanlah) bawa jogging. Bestkan ada bebudaks camni, semangat kental. So, gue pun tukar baju & pakai kasut.
Baru ja gue mo melangkah di luar pagar,,
Bebudaks ni tanya "Nong... (ini gue punya nama panggilan dekat rumah a.k.a nama keramat gue) mana mo jogging ari ni? Bilang di sinulihan bukit, napa ko pi sana? (trek yg selalu kami jogging).
Gue balas dorang "Uiiii,,sana tinggi apa, naik ja tau nda ada yang rata."
Membalas lagi c Mamot (Jasmine) "Ba..kanapalah"
Gue tanya lagi dorang "Tahankah korang ni"
Last balasan "TAHAN BA"
"OK kalau tahan jomlah.." ni ja gue mampu balas haha..

Since gue bebudak lagi, gue selalu juga jogging kat bukit sinulihan tu  every Sabbath's evening  with family. Time tu jalan di bukit tu belum di aspal lagi. Pernah juga adik perempuan gue no.1 (dalam adik-beradik dia no. 3) jatuh tergolek but before that my dad already warned her,,"Jangan lari turun bukit nanti asambalik ko moti"..nda juga dia dengar nah,,ada pilat terus ba di kaki dia sampai sekarang hehe..

Waktu sampai ja di starting point,,makkk oiiii mampukah gue angkat badan *5kg + berat kamera SONY Cyber-shot12.1 MP (letak di poket belakang) ni huhu...Nasib kamera cinoni ja,,kalau yg DSLR tu amcamlah keadaan gue nanti..ndalah kesampaian jogging! Gue tinguk bukit tu lagi huhu..keputusan harus dibuat,,kata putus~teruskan usaha anda!! Chayo! Chayo!
Lagi pun demi menyahut cabaran 10k langkah sehari,,gue tabahkan hati gue,,harus sampai di atas walau macam mana sekalipun susahnya, payahnya, nafasnya, kakinya. :-)

Semoga dengan gambar2 yang dipaparkan membuatkan korang semua sama2 kongsi kepenatan kamirang walaupun teda peluh korang keluar haha...
Uitssss,,,,siap pimpin tangan gitu..tapi sampai bila?
hmmmmm,,,ni belum 1/4 perjalanan ada sudah yg merangkak aduhai..
Jalan ni muat sebiji kereta ja, that's why we have to be very careful juga manalah tau ada F1 driver tetiba muncul, ndakah sandi tu.


hahaaa,,,penat sungguh kot si LALAL ni sampai menelentang camni.





Sempat juga dorang pose maut, sedangkan yang lain saaaaanaaaa sudah ranau.



Nilah bukti yang kami sampai di atas hehe..



Kalau jogging sorang2 bagus nda payahlah,,apa lagi kalau diri tu pompuan. Gue rasa macam belum selamat.

Sempat lagi si Peres ni bergaya. Actually bawah sana tu dusun durian. Banyak pokok2 durian, cuma buahnya belum tau lagi adakah nda & backview tu, view Inanam & kawasan yg sewaktu dengannya,,ntahlah gue nda pasti.

Kalaulah masa ni gue bawa DSLR camera gue, macam di KK terus tapi apakan daya poket seluar gue ngam2 untuk Cyber-shot camera je..


Gelagat diorang..ishh..ishhh (sakai kamera kot hihi)

Kan sudah gue bilang jangan kacau dong!!! Mot sorilah si Lalal ni kacau tul,,yg 2nd pic nda jadi pula. Bertindan ni imej,,penyakit sudah marilah tu.

Gue akun pic ni blur but,,upload jelah sorou poh bikin kenangan! Lagipun time tu gue pusing ja then snap dorang. Jalanan bukan cantik sangat, semak beb, lalang kiri kanan.So, faham2 jelah ye.

After kami ambil gambar, time untuk pulang. Turun bukit..jauh sangat tu. Nasib baiklah ada kereta biru ni angkut kami. Kalau nda cederalah otot2 kaki ni. Sempat lagi bebudaks ni tanya "Nong bisuk pi sini lagikah kita?" Ntahlah bebudaks,,,tunggu dan lihat jalah hahaa.



Sunday, 29 January 2012

BESTKAH HARI INI?

This morning,,gue lambat bangun (8.00a.m.) coz semalam,,JIRAN PATI ni buat party harijadi anak lelaki mereka yang dikenali dengan nama RADEN..Umur budak ni 11 tahun kot,,
Gue hairan sangatlah kenapa 'dorang' ni (BANGSA TIMOR a.k.a OM) suka berpesta sampai esok pagi,,sikit pun nda peduli penghuni2 di sekeliling dorang ni,,muzik?? jangan tanyalah memang satu kampung dengar,,,tapi nasib baik party tu until midnight ja,,kira OKlah sikit,,tapi nda cukup sudah 8jam waktu untuk tidur,,tulah pasal sampai jam 8.00 pagi baru terbangun hehe,,(gue bukan pemalas tau,,)

So,,pagi tadi gue tak tau nak pi mana,,coz my hubby bulih2 lupa ambil roadtax dia kat MB Finance,,kira2 nak pi Desa Cattle,,sebab aritu gue baca newspaper macam DC ada product baru,,iaitu HERB ICECREAM.
Lagipun memang gue suka sangat jalan2 kat Kundasang,,sejuk,,kabus,,hijau,,bestlah..
Tapi..nak buat macamna kan,,hubby pun tak sihat sangat macam susah ja bernafas melalui hidung (sumbat dek flu)..so stay jalah kat rumah,,nasib baik kawasan rumah ni LUASSSS,,ramai bebudaks lagi so kira nda boring sangatlah.

Tepi rumah gue ni ada satu pokok Buah Bunahau (in dusun language,,sejenis jambu tapi bukan jambu batu bukan jambu air,,macam kapas gitu kalau yang merah sangat & SEDAP worh!)
Waktu berehat2 di ruang tamu bawah, gue dengar burung2 dari pelbagai brand sedang SIOK berpesta,,makan freelah katakan,,ngam2 pula buah bunahau ni kali banyakkkk,,sikit2 dengar bunyi BUKK,,BUKKK bunyi buah2 berjatuhan,,so gue dapat jalan untuk solve my keboringan. Jom tinguk apa yg gue dapat ambil gambar....(i'm not a professional photographer, i'm just a fan of DSLR Camera,,so ENJOY YOURSELF kio!)


Ni lah buah BUNAHAU kalau korang nda tau.


Lebat kan??


Kalau mau yang manis,,pilih yang paling merah.


Don't worry about GIUK,,


Sayang,,banyak yang gugur.


Kalau mo dihitung bukan setakat 20-30 biji ja yang gugur,,banyak wei.


Sampai kupu2 / rama2 pun datang bertandang.


Inilah PARASIT - Pokok Duit2. Kalau nda kena buka ni,,matilah ni pokok.


Actually, banyak ni cuma sudah gugur & ada sudah burung2 pi makan.


RM 1.00/pek
Nilah bebudaks yang memanjat cum penjual. Lawalah kamurang kici2 pandai cari duit sudah. Jom berkenalan dengan diorang ni...yang putih baju nama dia PERES, yang hijau muda IRFAN, yang miru muda si LALA & yg merah baju c DEDEL. Usahawan Muda 2012.


Asyik tul ambil gambar sampai perut pun macam2 sudah bulih dengar,,tapi yang paling best, ada orang panggil makan. Wahahaha...bestnya ada tukang masak tinggal makan ja ni..Lauk tengahari cuma ni jalah yang termampu dimasak.

Apa yg best tang ikan ni ialah my hubby yang masak hehe. Ikan ni FREE lagi jiran yg bagi,,(bapa si Peres)


Gambar ayam???!! I have no idea kenapa tetiba ja gue ambil gambar ibu ayam & anak2nya. Ayam ni ayam kesayangan milik mama gue. Dia suka sangat pelihara ayam ni. Jadi ayam ni, kira ayam yang paling tua setakat ini, punya 7-8 ekor anak2 ayam. Sepalah sangka ibu ayam & anak2nya ni hanya hidup beberapa jam lagi selepas gambar ini diambil.

Di sebalik gambar ini,,kisah sedih berlaku...(bagi gue sedih bangat)



Kira-kira jam 7.00 malam, my dad seperti biasa pi main badminton. Sebelum tu sempat lagi gue pesan kat dad gue suruh dia guna proton ja pi main. Ingatkan pesanan ringkas ni kena terima pakai rupa2nya,,TIDAK. Petang tadi hujan,,dan mungkin disebabkan hujan ni, ibu & anak2 ayam ini nda sempat berteduh di tempat yang sepatutnya. Kedengaran dari dapur enjin kereta biru (MAZDA FIGHTER) dihidupkan,,dan selang beberapa saat bunyi ayam menggelupur kesakitan, (seperti disembelih). Kami bergegas keluar untuk melihat apa yg berlaku,,ternyata ibu ayam & anak2nya sudah tidak bernyawa lagi. Semuanya kempis,TINAIH (usus perut) terburai sini-sana, melihatkan keadaan itu,,my mom memang sedihlah time tu gue tengok. Apa tidak..kali ni nda tau masuk yang keberapakali sudah ayam my mom dilanggar secara nda sengaja cum CUAI. "Susah sangatkah mo tinguk di bawah kereta sebelum jalan?", "Nasib baik bukan orang", "Saya sayang betul ni ayam, sebab tinggal ni lagi ayam saya yang tua", "Mak, marah abis-abisan bapa nanti kalau dia pulang"...nilah antara dialog2 kami masa tu..

Tetapi,,kami semua sudah dapat agak apa jawapan yang dad gue akan berikan,,seperti biasa "manalah saya nampak".

MORAL VALUE: Jangan malas untuk check dulu di bawah kereta sebelum jalan.!!!

Wednesday, 25 January 2012

MY SWATCH WATCH TERSELAMAT...

Mesti korang tertanya2 ni kan,,terselamat dari apa??
Jom mengimbas kisah lalu..

Last year (12.10.2011) gue ada beli jam tangan berjenama SWATCH yg bagi gue kiiiiiiii...ut sangat...
(gue ada bad habit~~pantang jumpa CUTE STUFF mesti mau punya haha..)
Rambang mata gue trus nampak watch tu,,cantik, cute & sewaktu dengannya.

Cerita tu macam gini...
Dah hati berkenan sangat,,apa salah berhenti sebentar then tanya2 dulukan,,
So...gue mintalah dekat amoi (pekerja kedai tu) untuk belek2 dulu..
First thing, gue tengok price dulu..
Fuyohhhhhh,,,macam di KK,,harga...ya ampun,,
bulih beli >< 20 biji jam tangan berharga MYR 20 yg gue tengah pakai & yang sebelum ini.
Atuuuuukoiiiiii...!!! Hen kui ohh,,
(eiii,,makcik memanglah mahal coz dari brand yang terkenal kan..apalah gue ni.)
So...macam nak tak nak ja gue mau beli aritu. Tanpa segan silu gue tanyalah kat amoi tu,,
"Moi bulih less lagika ni harga...??"
Amoi tu cakap "Sekejap,,sia tanya laoban sia dulu"
After nego with her boss,,amoi tu cakap "miss..less 10 ringgit ja ohh, amacam mauka??"
Aduiiii dogo,,,less ciput gitu ja. Takkan nda maukan,,terpaksalah gue kasi amoi tu RM 380.00
Seumur hidup gue, inilah jam tangan yang PALING MAHAL pernah gue beli dengan duit gue sendiri..
Yalah,,selama ni gue cuma pakai watch yg murah2 ja,,Please give me a BIG CLAP! hehe..

Lepas watch tu bertukar tangan,,gembira bercampur sedih jugalah perasaan time tu,,happy dapat watch baru & sedih coz RM melayang,,tapi bagi gue selagi hayat dikandung badan selagi tulah duit bulih dicari, YANG PENTING, JANGAN MALAS & JANGAN MALU!! (macam kenal quote ni tau)

Gue masih ingat lagi pesanan 'orang sebelah' sebelum sah membeli watch tu,,
Dia cakap "Lepas beli ni,,jagalah bagus2, jangan main cincai ja simpan" huhu
Oiii 'orang sebelah' mestilah mau jaga,,ingat watch gue dulu2 nda kena jaga meah??
Anyway, thanks for the advance advice! :-)

KEJADIAN YANG TIDAK DIDUGA BERLAKU PAGI TADI...

Sewaktu my hubby 'mongolurus' kain..(rajin kan my hubby) tiba2 ja dia cakap..
"Tulah lain kali check dulu dalam poket kain2 ko ni semua.."
Uiiiiii,,,lain banar tu nada,,selalunya TENOR sekarang flat semacam ja,,(marah tidak, happy tidak)
Sekali gue tinguk,,ararara..MY BELOVED WATCH!!! dalam poket seluar jogging gue..
Oh tiiiiiiiiidakkkkkk....!!!! tapi dalam hati ja nda berani mau kasi keluar suara hehe..
Dengan kepantasan KILAT,,gue terus/langsung/lantas ambil jam tersebut dan gue lap2,,gue tinguk betul2 sama ada jam tu rosak ka apa ka,,rupa2nya jarum minit masih bergerak,,wahahahaaaa..punyalah gue happy gila,,apa tidak masih ok ba ni.
Bukan macam jam2 gue yang sebelum ini,,asal ja sudah diblend dek washing machine,,memang tamatlah riwayat..TAPI yg satu ni still alive..HOORAYYYY!!!! 

Actually,,ni bukan first time jam tangan gue TERmasuk washing machine,,dah banyak kali dah,,masuk ni nda tau berapa kali sudah tapi nda juga serik2,,patutlah gue cari jam tu nda jumpa2,, rupa2nya semalaman berendam & siap renang berirama lagi dalam washing machine...ishh..ishhh

Nilah jam tangan gue tu, still maintain kan??

Pengajaran dari kejadian pagi tadi:-
1.  Taubat nda mo lagi CINCAI SIMPAN.
2.  Mau check dulu poket2 baju2 & seluar2 gue sebelum masuk mesin.
3.  Nda rugilah beli ni jam,,walaupun mahal tapi tahan..hehe


P/S gue suka jam coz benda ni ja accessories kat badan gue~~hihi





Sunday, 22 January 2012

TALKING ABOUT JOGGING...

This morning..awal lagi gue TERbangun..
Pasal apa??? pasal bebudaks kat rumah sebelah tulah bawa jogging lagi,,
Kalau ikutkan hati memang gue nda mo bangun awal..
Jam 6.00 pagi!! Gue percaya korang semua pun ada juga yang masih peluk pillow,,
Tapi,,,JANJI harus ditepati,,kalau nda dorang nda percaya sama ko lagi,,
Tulah buat lagi janji,,kan kena tagih sudah tu..
What to do?? Terpaksalah dengan perasaan MALAS gue pakai kasut then ikut bebudaks ni..

Actually,,baru TAHUN NI JE gue rajin mo berpeluh..
So,,bentuk badan jangan tanyalah..banyak spare tyre (tapi basikal size ja lah..wakakaka..)
Sebelum ni, kami jogging sebelah petang ja lepas gue balik dari kerja..sebab kalau pagi susah sikit kot..
& this morning nilah 1st time jogging pagi for this year..
'Trek' kami tu agak mencabar juga sebab mula2 ja nak daki bukit 85 darjah ketegakan huhuuu,,
can u imagine that??? Just try to imagine,,NAFAS??? tercungap2,,,KAKI??? ni kira oklah kot :-)
Makan masa juga untuk sampai di puncak,,when we reached at the top,,,fuhhhh...lega~~~~
WHY?? ratalah sudah,,teda lagi kes daki2 ni..tapi turun~~~ja then tanah rata then naik sikit then turun,,after that jalan kampung bersimen...start dari sini baru gue cuba berlari2 anak sampailah ke rumah gue..

Apa yang BEST tentang trek ni ialah:
1) Jauh dari kawasan bandar (ndalah bising sangat dek kereta yg lalu-lalang)
2) Udara masih dalam kategori 2S~SEGAR & SELAMAT untuk dihirup.
3) Tumbuhan hijau di kiri & kanan jalan,,baik untuk kesihatan mata..
4) Misalnya ada KES KECEMASAN (buang air besaq atau kecik) NO PROBLEM! (yg penting kaber2lah sket)
5) Gue rasa kawasan ni masih selamat dari ORANG JAHAT!

Tujuan gue berjinak2 jogging ni sebab gue terbaca satu artikel2 macam kat  sini
Memang kerja2 kat office banyak tapi semuanya itu hanya dilakukan sambik duduk di kerusi yg beroda,,
so,,amacam mau sampai 10k langkah sehari kalau itu macam??
itulah pasal gue berusaha mo capai 10k langkah sehari tu dengan berjogging,,
So,,korang pun mailah join dengan gue sekali..

Balik story tadi,,
Setibanya gue & bebudaks ni kat rumah,,tinguk jam,,cehhh!!! baru pukul 7 ba,,,yeahhh awal lagi,,
ada peningkatan nampak,,makin lama makin terror ni kami beat masa (angkat bakul lagi)
lepas tu,,sdh cooling down sarapan pagilah apalagi mo tunggu...

Bercakap bab BREAKFAST ni,,seseorang yg always skip b/fast CAN DAMAGE HIS/HER BRAIN..
Nak buktikan kesahihan kata2 ni baca jalah ni di sini.
So,,kalau hang semua tak nak awal2 hangkang otak jomlah b/fast..

P/S Petang tadi pun kami sempat juga menghabiskan jogging kami, walaupun hujan turun renyai-renyai di pertengahan jalan. :-)




Friday, 20 January 2012

LAST DAY BEFORE HOLIDAY!!!!!!!!

Bila gue bangun tadi pagi, mobile gue berbunyi...tit~tit~tit (sound don gulu2 ni haha)
I saw a message from my FB's friend ~ Rinn Jeff via FB SMS
& her status: Last day before holiday!!!!!!!!

So,,jangan heranlah,, why my 2nd post is exactly the same.
hehe...penciplak idea orang ni.
tapi,,betul apa...tomorrow nda kerja sudah..
yang best lagi,,LAOBAN suruh kira gaji sudah..
lawalah...gaji awal.

~~MY BEST QUOTES~~
"CUTI TIADA ERTI TANPA gaji"
"CUTI TAHUN BARU CINA TIADA ERTI TANPA bonus"

Tapi harus diingat,,JANGAN SESEKALI BERBELANJA SAKAN!!
Gaji awal ni IBARAT masak MAGGI MEE
(cepat dimasak cepat juga 'keluar') hahaaa
Nak elak POKAI sebelum gaji seterusnya, better control2lah berbelanja..
Ingat2lah MENABUNG untuk masa kecemasan,,cewahhh!!

Back to my main topic "HOLIDAY"..
Jealous TAHAP GABAN siot,,company lain CUTI SAKAN..
Hari ni dorang start cuti sudah, then balik kerja on Feb 1st..huhu
Gue..??? nda payah cakaplah memang HARIBULAN YANG ADA RED COLOUR JE..!!!

Kepada yang cuti lama2 tu,, satu nasihat dari gue (yg jeles ni)
"JANGAN ASYIK MENTERNAK LEMAK JA TAU" wahahaha...
& HATI-HATI DI JALANRAYA!!



Wednesday, 18 January 2012

HELLO EARTH PEOPLE...

Salam Damai!

Inilah first time gue create blog,,
Yippie...!!! Happy nampak?? Mestilah,, guekan "KEBARUAN" hahaaa..
Blog gue ni, bukannya sekadar mau bagitau yang..
"gue lunch tadi kat Sushi Queen", 
"gue beli baju tadi not in MYR but in USD tau", 
"gue terserempak artislah tadi, tapi gue nda layan pun hahaa"
kalau macam tulah post2 gue, bagus post kat FB ja hehe..
TAPI,,lain orang lainlah ragamkan,,mana bulih sama ja...
TEDALAH KEUNIKAN!
biarlah gue dengan cara gue sendiri, yang penting IMPORTANT! 

But when i think back, title blog ni sebut pasal benda2 di sekeliling gue MEANS apa ja BENDA/PERKARA yg berlaku di sekeliling gue mestilah jadi n3 dalam blog ni kan??
EXCEPT something yg boleh dikategorikan "MEMBUKA PEKUNG DI DADA" tak payahlah sibuk mo bagitau 1 Sabah/Borneo/Malaysia atau mereka2 yg faham makna bahasa yg gue guna ni kan??

Pendek kata, gue punya blog bukanlah blog yang nda memberi manfaat langsung, ada manfaat juga tapi nda banyaklah SIKIT JE..lagipun info2 semua bulih dapat di http://www.google.com.my/ kan? 

Uiiii...punyalah almost midnight sudah ba ni..
Dah lewat beberapa jam untuk MODOP ni,,(besalah kebaruan hehe)
SO...
Before gue melalut melebih2 better i put a fullstop here.
That's all for today.
Let's continue tomorrow.
Have a nice dream.
Zzzzzzz.............