Sunday, 29 January 2012

BESTKAH HARI INI?

This morning,,gue lambat bangun (8.00a.m.) coz semalam,,JIRAN PATI ni buat party harijadi anak lelaki mereka yang dikenali dengan nama RADEN..Umur budak ni 11 tahun kot,,
Gue hairan sangatlah kenapa 'dorang' ni (BANGSA TIMOR a.k.a OM) suka berpesta sampai esok pagi,,sikit pun nda peduli penghuni2 di sekeliling dorang ni,,muzik?? jangan tanyalah memang satu kampung dengar,,,tapi nasib baik party tu until midnight ja,,kira OKlah sikit,,tapi nda cukup sudah 8jam waktu untuk tidur,,tulah pasal sampai jam 8.00 pagi baru terbangun hehe,,(gue bukan pemalas tau,,)

So,,pagi tadi gue tak tau nak pi mana,,coz my hubby bulih2 lupa ambil roadtax dia kat MB Finance,,kira2 nak pi Desa Cattle,,sebab aritu gue baca newspaper macam DC ada product baru,,iaitu HERB ICECREAM.
Lagipun memang gue suka sangat jalan2 kat Kundasang,,sejuk,,kabus,,hijau,,bestlah..
Tapi..nak buat macamna kan,,hubby pun tak sihat sangat macam susah ja bernafas melalui hidung (sumbat dek flu)..so stay jalah kat rumah,,nasib baik kawasan rumah ni LUASSSS,,ramai bebudaks lagi so kira nda boring sangatlah.

Tepi rumah gue ni ada satu pokok Buah Bunahau (in dusun language,,sejenis jambu tapi bukan jambu batu bukan jambu air,,macam kapas gitu kalau yang merah sangat & SEDAP worh!)
Waktu berehat2 di ruang tamu bawah, gue dengar burung2 dari pelbagai brand sedang SIOK berpesta,,makan freelah katakan,,ngam2 pula buah bunahau ni kali banyakkkk,,sikit2 dengar bunyi BUKK,,BUKKK bunyi buah2 berjatuhan,,so gue dapat jalan untuk solve my keboringan. Jom tinguk apa yg gue dapat ambil gambar....(i'm not a professional photographer, i'm just a fan of DSLR Camera,,so ENJOY YOURSELF kio!)


Ni lah buah BUNAHAU kalau korang nda tau.


Lebat kan??


Kalau mau yang manis,,pilih yang paling merah.


Don't worry about GIUK,,


Sayang,,banyak yang gugur.


Kalau mo dihitung bukan setakat 20-30 biji ja yang gugur,,banyak wei.


Sampai kupu2 / rama2 pun datang bertandang.


Inilah PARASIT - Pokok Duit2. Kalau nda kena buka ni,,matilah ni pokok.


Actually, banyak ni cuma sudah gugur & ada sudah burung2 pi makan.


RM 1.00/pek
Nilah bebudaks yang memanjat cum penjual. Lawalah kamurang kici2 pandai cari duit sudah. Jom berkenalan dengan diorang ni...yang putih baju nama dia PERES, yang hijau muda IRFAN, yang miru muda si LALA & yg merah baju c DEDEL. Usahawan Muda 2012.


Asyik tul ambil gambar sampai perut pun macam2 sudah bulih dengar,,tapi yang paling best, ada orang panggil makan. Wahahaha...bestnya ada tukang masak tinggal makan ja ni..Lauk tengahari cuma ni jalah yang termampu dimasak.

Apa yg best tang ikan ni ialah my hubby yang masak hehe. Ikan ni FREE lagi jiran yg bagi,,(bapa si Peres)


Gambar ayam???!! I have no idea kenapa tetiba ja gue ambil gambar ibu ayam & anak2nya. Ayam ni ayam kesayangan milik mama gue. Dia suka sangat pelihara ayam ni. Jadi ayam ni, kira ayam yang paling tua setakat ini, punya 7-8 ekor anak2 ayam. Sepalah sangka ibu ayam & anak2nya ni hanya hidup beberapa jam lagi selepas gambar ini diambil.

Di sebalik gambar ini,,kisah sedih berlaku...(bagi gue sedih bangat)



Kira-kira jam 7.00 malam, my dad seperti biasa pi main badminton. Sebelum tu sempat lagi gue pesan kat dad gue suruh dia guna proton ja pi main. Ingatkan pesanan ringkas ni kena terima pakai rupa2nya,,TIDAK. Petang tadi hujan,,dan mungkin disebabkan hujan ni, ibu & anak2 ayam ini nda sempat berteduh di tempat yang sepatutnya. Kedengaran dari dapur enjin kereta biru (MAZDA FIGHTER) dihidupkan,,dan selang beberapa saat bunyi ayam menggelupur kesakitan, (seperti disembelih). Kami bergegas keluar untuk melihat apa yg berlaku,,ternyata ibu ayam & anak2nya sudah tidak bernyawa lagi. Semuanya kempis,TINAIH (usus perut) terburai sini-sana, melihatkan keadaan itu,,my mom memang sedihlah time tu gue tengok. Apa tidak..kali ni nda tau masuk yang keberapakali sudah ayam my mom dilanggar secara nda sengaja cum CUAI. "Susah sangatkah mo tinguk di bawah kereta sebelum jalan?", "Nasib baik bukan orang", "Saya sayang betul ni ayam, sebab tinggal ni lagi ayam saya yang tua", "Mak, marah abis-abisan bapa nanti kalau dia pulang"...nilah antara dialog2 kami masa tu..

Tetapi,,kami semua sudah dapat agak apa jawapan yang dad gue akan berikan,,seperti biasa "manalah saya nampak".

MORAL VALUE: Jangan malas untuk check dulu di bawah kereta sebelum jalan.!!!

No comments:

Post a Comment