Monday, 19 March 2012

Apa Ba Beza Borneo Post & Utusan Borneo?

Morning Secret Readers...

This morning is my malang day..
Yalah..talking about malang, teda sepa pun suka kan?
Jom sia cerita kanapa sia malang sedangkan tajuk n3 sia lain macam ja..
ba korang dingar kama..pasang telinga di tempat yang betul.. :-)

Dad sia antar sia ni pagi..
Tapi macam mood dad sia dari rumah lagi tia siok, mungkin pasal semua ikut dia malaslah tu..(nanen & dedel pun ikut plus sisell, dia bilang teda di rumah, my mom pun tia tau awal pagi pi mana, mindahu mo tuh)
Sia singgah isi air lagi, tapi dorang dedel & nanen yang pi, sudah sampai pekan, adik sia turun di port besa, sudah adik sia turun..sia pun mo pi beli home made soya bean di sebelah pasar besar inanam tu, my dad minta tulung beli newspaper Borneo Post siap pesan bukan Utusan Borneo..

Then, sia pi lah.sia kasi duluan dulu beli news baru sia beli kuih..
Jadi sia takut salah, sia tanyalah tu tauke, "Borneo Post ada lagikah?"
Dia jawab sia "abis sudah ohh, tinggal ni lagi" dia tunjuk tu news yang tinggal satu lagi. Sia nampak ada tulis  Borneo ja, tapi sia tia berani beli sebab dia bilang abis!
Jadi sia tia beli, sia beli kuih ja..
Lepas beli kuih, sia balik pi kereta, sia bagitau my dad yang teda utusan borneo..
"Bukan Utusan Borneo, Borneo Post ba" macam marah2 lagi dia ni
trus sia cakap teda, "ba daily expresslah"
Terpaksa sia pi lari lagi membeli news, (nasib baik hebat sudah sia belari~~cehh perasaan!!)
Korang tau apa sia beli, bukan daily express tapi Borneo Post (actually sia main berani ja beli tu)
Sia balik pi kereta sampat lagi sia kacau tu burung-burung merpati,,
Jadi sia kasi tunjuklah tu news sama dad sia "inikah?"
aiiiikkss,,sudah tulung beli murung lagika? sia ingat sia terpaksa lagi belari mo pi tukar, tau2 dia bilang "napa ko cakap tadi teda?" 
"Sabab tu boss cakap, teda jadi sia tia belilah" barulah dia diam.

So, apa ba beza kalau beli utusan borneo & borneo post..?
Sampai sia check internet ni sekarang mo cari perbezaan..
teda juga kana kasitau perbezaan yang sebenar,
Tapi sia parasan pula asal sia click utusan borneo semua malayu, kalau borneo post english..
mungkin tulah beza dia kot..nda pasal2 sia kana marah, 
yalah sia ni mana parnah beli news selain daily express atau overseas chinese daily news,
hari2 sia di office news ciiiiii.....naaa ja,,
sia tinguk gambar2 jalah, setakat baca haribulan bulihlah..hahaa

pernah juga yang ari jumaat lepas, sia pi beli news yang my dad suruh 'borneo post',
sia tebeli utusan borneo,,huhuu sia kana sound free2 time petang sia balik rumah,
"kanapa ko beli utusan borneo, sia bilang borneo postkan?"
samalah tu sia cakap, tidak sama dia bilang lagi..
hayoyo,, cakaplah mo english punya.
Yelah my dad mana terror baca melayu, sebab dia lahir before merdeka, jadi 'boritis/british' masih tersemat di dada. Baru sia faham....


p/s Kalau korang pernah dalam situasi begini, sia ucapkan tahniah! :-)
 


No comments:

Post a Comment